Wednesday

Perkongsian Idea - P&P untuk PraSekolah

Pengajaran Dan Pembelajaran

Monday

Bahan Bantu Mengajar - BBM

Bahan bantuan mengajar adalah alat yang sering digunakan oleh guru-guru, fasilitator, atau tutor untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran membaca dan lain-lain. 

Kegunaannya juga adalah untuk menggambarkan atau mengukuhkan kemahiran, fakta, atau idea, dan juga melegakan keresahan, kebimbangan, atau kebosanan, kerana banyak bahan bantuan mengajar adalah berbentuk seperti permainan yang mana ianya sangat berguna diwaktu seperti yang dijelaskan diatas. 

Berikut adalah contoh-contoh bahan bantu mengajar yang sering digunakan oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian mereka.

Gambar

Carta Bergambar


CD / DVD 

Buku Skrap


Buku Cerita

Kad Huruf


  
Buku Cerita


Selain itu, Komputer dan perkakasan lain seperti Radio, Pemain Video, Projektor dan Smartphone juga boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar, mengikut kesesuaian serta topik yang ingin diajarkan oleh seseorang guru itu.


Sunday

Haiwan Di Air

Haiwan di air (akuatik) adalah haiwan yang hidup dan tinggal di dalam air. Haiwan akuatik adalah haiwan, sama ada vertebrat atau invertebrat, yang tinggal di dalam air bagi kebanyakan atau sepanjang hayatnya. Ia boleh bernafas dengan udara atau oksigen daripada apa yang dilarutkan di dalam air melalui organ-organ khusus yang dipanggil insang, atau secara langsung melalui kulit. 

Persekitaran semulajadi dan haiwan yang tinggal di dalamnya boleh dikategorikan sebagai akuatik (air) atau daratan (tanah). Haiwan yang bergerak mudah daripada air ke darat dan sebaliknya sering dirujuk sebagai amfibia.Istilah kuatik dalam teori boleh digunakan kepada haiwan yang hidup di air tawar sama ada (haiwan air tawar) atau air masin (haiwan air laut). 

Walaubagaimanapun, haiwan marin adalah yang paling biasa digunakan untuk haiwan yang hidup di air masin, iaitu di lautan, laut, dan sebagainya. Haiwan akuatik (haiwan air tawar terutamanya) sering menjadi kebimbangan untuk pemuliharaan kerana kerapuhan persekitaran mereka. Haiwan akuatik adalah tertakluk kepada tekanan daripada penangkapan ikan berlebihan, pencemaran air laut dan perubahan iklim. Contoh-contoh haiwan di air ialah seperti: 




Ikan Lumba-lumba



Dugong


Ketam


Sotong



Contoh Haiwan di Air 

Serangga

Ladybird
Serangga ialah benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata, kelas Insecta, yang mempunyai bilangan spesies terbanyak. Di habitan daratan, serangga paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran jumlah keseluruhan spesies kini, termasuk yang belum dikenali oleh sains sekitar dari dua hingga tiga puluh juta, dengan kebanyakan pakar cenderung kepada jumlah pertengahan antara dua jumlah melampau ini. 

Walaupun telah diketahui hampir satu juta spesies serangga, masih banyak lagi serangga yang belum diketahui dan direkodkan kehadirannya. Tidak dapat dinafikan banyak serangga yang akan pupus, sebelum dapat direkodkan kewujudannya, akibat aktiviti pembangunan hutan yang dilakukan.

Jenis-jenis Serangga
Serangga boleh didapati dalam pelbagai habitat di bumi ini, malah anda akan mendapati banyak serangga berkongsi habitat dengan manusia, sama ada di halaman rumah ataupun di dalam rumah. Serangga mempunyai banyak kepentingan sama ada secara langsung maupun tidak langsung terhadap kehidupan manusia di bumi ini.

Kajian mengenai serangga dikenali sebagai entomologi. Terdapat sekitar 5,000 spesies pepatung (dragonfly), 2,000 mentadak (praying mantis), 20,000 belalang (grasshopper), 170,000rama-rama dan kupu-kupu, 120,000 lalat, 82,000 pianggang, 350,000 kumbang, dan 110,000 spesies lebah dan semut.

Ciri-ciri utama serangga adalah seperti berikut :-
  • Kaki 3 pasang, yang terdapat di bahagian tubuh toraks.
  • Tubuh terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu kepala, toraks dan abdomen.
  • Rangka tubuh terdapat di luar, yang disebut rangka luar, merupakan kulit keras.

Haiwan Liar

Haiwan liar adalah haiwan yang tinggal di hutan dimana jauh daripada tempat tinggal manusia. Mereka biasanya tinggal dan mencari makanan di hutan. Sesetengah haiwan liar amat berbahaya kepada manusia dan sesetengahnya tidak kerana telah terbiasa dengan persekitaran tempat tinggal manusia. Antara contoh haiwan-haiwan liar adalah seperti:



Singa
Gajah
Zirafah

Haiwan-haiwan Liar - Beruang Kutub, Serigala, Kambing Gurun, Beruang, Rakun, Bison, Tupai, Rusa, Harima Kumbang, Moose & Musang


Haiwan Jinak

Haiwan jinak adalah haiwan yang boleh dipelihara dan tidak membahayakan kepada manusia. Terdapat berbagai jenis haiwan yang jinak samada dipelihara sebagai haiwan peliharaan dirumah ataupun ternakan. Berikut adalah beberapa contoh haiwan-haiwan peliharaan serta haiwan ternakan.




Haiwan Peliharaan / Belaan:




Kucing
Ikan

Burung

Kura - Kura
   
Ayam Jantan
Arnab


        
Haiwan Ternakan:

Kambing


Itik
Lembu



Wednesday

Burung

Burung Enggang
Burung merupakan haiwan bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia, dari kawasan gurunsehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland.

Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenalpasti yang dibahagikan kepada 27order. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3200 jenis.

Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya.

Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah.

Burung dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya. Ciri-ciri utama haiwanburung adalah seperti berikut :-
Pelbagai Spesis Burung

  • Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
  • Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
  • Mempunyai sisik pada kakinya.
  • Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
  • Bernafas melalui peparu.
  • Berdarah panas.

Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna.

Burung adalah oviparous iaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.
Related Posts with Thumbnails