Apa Kata Penyelidik Tentang Masa Depan ICT Kepada Kanak-Kanak


Pada pendapat saya, masa depan penggunaan ICT di prasekolah Malaysia mungkin akan jadi seperti di Negara-negara barat. Kebiasaannya negara-negara barat akan melakukan aktiviti seperti nyanyian, mereka akan menggabungkan pembelajaran dengan penggunaan software atau perisian yang sesuai dengan kanak-kanak. Misalnya, Radio Disney Music Mix Studio dimana mereka boleh mencipta lagu mereka sendiri dan mempelajari tentang pelbagaialat muzik menggunakan perisian tersebut. Selain itu, pembelajaran matematik menggunakan perisian Magic School Bus: whale and dolphin melaluinya dapat membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah.

Penggunaan internet juga membantu contohnya laman web PBS menyediakan pembelajaran literasi yang baik untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 8 tahun. Disini, mereka dapat membaca dan juga mempunyai pelbagai aktiviti. Selain itu, laman national geografi chanel membekalkan maklumat tentang geografi, penjelajahan,kraf, aktiviti sains untuk kanak-kanak (Doris Bergen,2001). Sistem kurikulum prasekolah telah dibina bersesuaian dengan tahap perkembangandan bersesuaian dengan aspek pembangunan dan kemajuan masa kini. Walaupun kaedah dansistem yang ada cukup untuk membantu dalam perkembangan pelajar prasekolah dari segi namun kelebihan ICT juga amat berguna dan membantu dalam melicinkan lagi proses pembelajaran di prasekolah. Terdapat banyak kepentingan ICT ini termasuklah membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan membantu pelajar untuk menjelajah dunia ICT agar tidak ketinggalan dengan arus pemodenan.

Pendapat saya yang kedua ialah masa depan penggunaan ICT di prasekolah Malaysia mungkin akan jadi seperti di negara barat, contohnya, pelajar berumur 4 tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali. Selain itu, ICT juga dapat meningkatkan pembelajaran secara kolaboratif. Seperti contoh di atas, penggunaan ICT dapat meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar dengan aktiviti-aktiviti serta proses pembelajaran melalui “peer group” yang lebih bersifat global.

Selain itu juga, melalui ICT, pelajar-pelajar mudah untuk menghubungi ataupun melibatkan pakar-pakar dari dalam dan luarn egara semasa sesi pembelajaran. ICT merupakan sesuatu yang amat luas penggunaannya dan ini memberikan banyak pilihan kepada guru prasekolah dalam merancang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.  Antaranya adalah, ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi pelajar yang agak cerdik berbanding dengan pelajar lain supaya mereka tidak merasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda. 

Selain itu, ICT juga sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi.Penggunaan ICT dapat memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing dan mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Selain itu dapat memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas. Secara umumnya, ICT berupaya membantu untuk meningkatkan kefahaman serta penguasaan murid terhadap pelajaran yang disampaikan.Selain itu juga dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.

Walaupun terdapat pelajar yang agak lemah dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer di kelas. Ini akan sekali gus dapat meningkatkan motivasi mereka sebagai pelajar walaupun lemah dan melatih mereka ke arah pembelajaran individu.Pendapat ketiga saya ialah masa depan penggunaan ICT di prasekolah Malaysia juga mungkin akan mengamalkan penggunaan internet yang luas. Selain itu juga, dengan adanya internet, pelajar dan guru juga mudah untuk mengakses maklumat yang sukar dicari serta mahal untuk diperolehi. Bukan itu saja, ICT juga membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.

Penggunaan peralatan ICT seperti komputer amat penting dalam membantu pelajar untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Antara kepentingan internet kepada pelajar adalah seperti membantu mereka untuk memperolehi maklumat dan bahan yang mereka sukar dapatkan di sekolah. Selain itu, pelajar juga dapat membuat aktiviti yang melibatkan interaksi dengan pelajar-pelajar lain dari luar negara melalui perkhidmatan internet. Selain itu, mereka juga dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran kanak-kanak membawa kaedah baru


dan inovatif yang mana ia dapat merangsang minda kanak-kanak berfikir dan meneroka sesuatu yang baru. Penggunaan teknologi komputer terhadap kanak-kanak pra sekolah mampu membangunkan konsep kendiri dan interaksi positif mereka terhadap pembelajaran. Unsur-unsur nilai yang diterapkan mampu diikuti oleh kanak-kanak tersebut di awal usia mereka.

Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Malaysia


Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (Information and Communications Technology atau ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) prasekolah merupakan salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Kanak-kanak hari ini adalah generasi komputer (Papert, 1996). Teknologi boleh memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak (Haugland & Wright, 1997). ICT menawarkan pendekatan baru untuk belajar dan penguasaan kemahiran baru. Oleh itu kanak-kanak perlulah didedahkan kepada ICT dengan cara yang bermakna.  Jika ICT tidak sepenuhnya diintegrasikan ke dalam kurikulum secara keseluruhan, ia boleh meninggalkan kesan negatif ke atas kreativiti kanak-kanak (Haugland, 1992).

Menyedari hakikat ini, pada tahun 2002 program ICT (KPM, 2003) prasekolah diberikan keutamaan dan dijadikan sebahagian elemen penting di mana ia bukan sahaja telah diambil kira sebagai salah satu komponen dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan(KSPK) malah pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan ICT juga diutamakan. Guru prasekolah digalakkan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran merentas kurikulum. Pendekatan ICT digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran, memperolehi maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya dan memperkayakan pengalaman pembelajaran. Bagi menjayakan rancangan ini, Kementerian Pelajaran telah membekalkan kelas prasekolah dengan sistem komputer dan perisian untuk digunakan oleh pelajar-pelajar prasekolah (Lim Keat Heng, 2007).

Penggunaan ICT telah menjadi agenda penting dalam sistem pendidikan masa kini. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran kini telah diiktiraf sebagai salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas prasekolah di samping lain-lain pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata kurikulum baru yang digubal menggabungkan elemen kreativiti, inovasi dan kemahiran hidup dalam proses pengajaran dan pembelajaran, membabitkan semua mata pelajaran, adalah sebahagian agenda kerajaan untuk menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. Tan Sri Muhyiddin berkata usaha untuk menggabungkan lebih banyak aspek kreativiti dan inovasi dalam sistem pendidikan negara tidak akan sempurna tanpa dimasukkan peranan ICT. Beliau berkata penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah membolehkan pembelajaran interaktif, yang lebih berkesan dan merangsang minda. (Kosmo Online, April 14, 2010).


Dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pengunaan ICT adalah termasuk dalam tunjang kurikulum sains dan teknologi (ST)-Mawal sains dan awal matematk. Pada peringkat Prasekolah hanya kemahiran peringkat asas sahaja yang diajar kepada kanak-kanak prasekolah. Seperti memperkenalkan bahagian-bahagian komputer, bagaimana cara untuk membuka dan menutup komputer serta bagaimana cara untuk menggunakan komponen yang terdapat pada komputer seperti tetikus. Kementerian Pelajaran Malaysia amat memberi perhatian terhadap ICT dikalangan kanak-kanak prasekolah. Ini adalah sebagai langkah awal untuk melahirkan generasi yang celik ICT. Guru prasekolah adalah insan yang memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan impian Kementerian Pelajaran Malaysia ini.Sebagai kesimpulannya pihak guru dan ibubapa harus memainkan peranan secara bersama untuk memberi pendedahan kepada kanak-kanak terhadap ICT. Pemantauan dar pihak guru dan ibubapa adalah penting untuk memastikan kanak-kanak hanya melayari ICT yang berfaedah sahaja. 

Kesan ICT Terhadap Kanak-Kanak

Kebaikan Pengunaan ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

ü  Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. 
ü  Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
ü  Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. 
ü  Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.
ü  Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid  yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer di kelas. 
ü  Penggunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu murid untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran
ü  ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak cerdik berbanding dengan rakan-rakan lain supaya mereka tidak berasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda

ü  ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi.
ü  Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet. Contohnya, di negara barat, kanak-kanak berumur empat tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali.
ü  Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka
ü  Mampu membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia dan ini meningkatkan lagi kepentingannya. Oleh itu, guru harus mengambil tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang positif yang baru



Keburukan ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Terdapat beberapa keburukan ICT dalam pendidikan kanak-kanak seperti 

·            Perkembangan mereka tidak akan berkembang kerana hanya duduk bermain komputer.
·            Kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka.  
·            Kanak-kanak akan malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran.


Penggunaan ICT kepada kanak-kanak haruslah dengan bimbingan dan guru-guru juga harus kreatif menyampaikan pengajaran mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada ICT.  Mencari maklumat dan teknik terbaru memanglah digalakkan kepada semua guru-guru di tadika namun jika ia disalahgunakan apa ertinya teknologi maklumat yang canggih sekiranya anak-anak didik kita menjadi mundur ke belakang ddan tidak ddapat berfikir ke arah pembentukan masa depan terutamanya tidak dapat memajukan negara. 

Idealogi Tokoh


Pendidikan Prasekolah di negara kita Malaysia merupakan program pendidikan yang member layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak yang berumur empt hingga enam tahun. Mengkut The National Associaton for The Education of Young Children ( NECYC) atau pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak adalah seperti berikut :
The term early childhood refers to the period from birth to age eight,….Early childhood programe provide ‘ services for children from birth through age eight in part day and full day group programs in centres, home and institution kindergartens and primary school and recreational programe”. (Morrison m.s 24)
Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak. Tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada:

*      Imam Al-Ghazali
*      Ibnu Khaldun
*      Johann Heinrich Pestalozzi
*      Friedrich Froebel
*      Maria Montessori
*      John Dewey


Imam Al-Ghazali
Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.
Pandangan / Idea-idea beliau
  • Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.
  • Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.
  • Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.
  • Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.
  • Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.
  • Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
  • Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:
       - Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
       - Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
       - Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat   belajar.

Nasihat beliau kepada guru supaya:
- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik


Maria Montessori. ( 1870 – 1952)
Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.

Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;

a. Minda yang mudah menyerap

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.

b. Persekitaran yang tersedia
Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.

c. Didikan diri
Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.

d. Bahan pembelajaran
Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.

e.Tempoh sensitif
Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

Menurut falsafah Montessori;

Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.
Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak.
Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa.
Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak.
Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran.
Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”.
Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.
Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak.
Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas.
Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.

Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranyaialah:
- Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.
- Konsep kebebasan
- Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
- Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.
- Pentingnya disiplin diri
- Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak
- Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.
- Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

       Tentang Saya

                               NURUL HUDA BINTI MAT JUNOS
                                 Guru Prasekolah Sk Muadzam Jaya, 
                                         Muadzam Shah Pahang
                                Mengajar Prasekolah selama 9 tahun
                           Kpm -PPG Bece 2011 @ MSU Shah Alam 

         Saya meminati kanak-kanak dan setiap hari saya bergelumang dengan kanak-kanak. Setiap hari persekolahan tugas saya adalah mendidik kanak-kanak prasekolah dan melayan kerenah mereka. Saya seronok bila sering bersama dengan kanak-kanak. Kita cuma perlu pandai melayan dan menangani kerenah mereka. Saya dapat melupakan masalah lain apabila bersama dengan kanak-kanak.

Menjadi salah seorang guru prasekolah juga merupakan satu cabaran yang besar. Ini adalah kerana seawal usia 4 tahun kanak-kanak telah dihantar ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan awal. Kebanyakkan kanak-kanak baru pertama kali menjejakkan kali kesekolah. Dengan ragam yang pelbagai disinilah seorang guru prasekolah harus memainkan peranan untuk menangani masalah tersebut serta menggunakan pelbagai cara dan pendekatan untuk menarik minat kanak-kanak kesekolah. Inilah merupakan pengalaman yang sangat berharga sebagai seorang guru prasekolah. Bidang pendidikan awal kanak-kanak juga merupakan bidang yang sentiasa dekat dihati para ibubapa. Ini kerana ibubapa akan sentiasa berhubung dengan guru untuk mengetahui apa juga perkara berkaitan anak-anak mereka. Ini secara tidak langsung menjalinkan hubungan dan komunikasi yang berkesan antara guru dan ibubapa.

Sebagai seorang guru prasekolah saya rasa sangat bertuah kerana memilih bidang pendidikan awal kanak-kanak, ini kerana ilmu yang diperolehi sepanjang menjadi sebahagian pendidik kanak-kanak dapat saya gunakan dalam mendidik anak saya juga. Saya berharap agar pendidikan awal kanak-kanak khususnya di Malaysia akan mampu melahirkan generasi yang cemerlang dan dapat menjadi pemangkin kemajuan dan kepesatan negara pada masa hadapan.