Tentang Saya
NURUL HUDA BINTI MAT JUNOS
Guru Prasekolah Sk Muadzam Jaya,
Muadzam Shah Pahang
Mengajar Prasekolah selama 9 tahun
Kpm -PPG Bece 2011 @ MSU Shah Alam
Saya
meminati kanak-kanak dan setiap hari saya bergelumang dengan kanak-kanak.
Setiap hari persekolahan tugas saya adalah mendidik kanak-kanak prasekolah dan
melayan kerenah mereka. Saya seronok bila sering bersama dengan kanak-kanak.
Kita cuma perlu pandai melayan dan menangani kerenah mereka. Saya dapat
melupakan masalah lain apabila bersama dengan kanak-kanak.
Menjadi salah seorang guru prasekolah juga merupakan satu cabaran yang besar. Ini adalah kerana seawal usia 4 tahun kanak-kanak telah dihantar ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan awal. Kebanyakkan kanak-kanak baru pertama kali menjejakkan kali kesekolah. Dengan ragam yang pelbagai disinilah seorang guru prasekolah harus memainkan peranan untuk menangani masalah tersebut serta menggunakan pelbagai cara dan pendekatan untuk menarik minat kanak-kanak kesekolah. Inilah merupakan pengalaman yang sangat berharga sebagai seorang guru prasekolah. Bidang pendidikan awal kanak-kanak juga merupakan bidang yang sentiasa dekat dihati para ibubapa. Ini kerana ibubapa akan sentiasa berhubung dengan guru untuk mengetahui apa juga perkara berkaitan anak-anak mereka. Ini secara tidak langsung menjalinkan hubungan dan komunikasi yang berkesan antara guru dan ibubapa.
Sebagai seorang guru prasekolah saya rasa sangat bertuah kerana memilih bidang pendidikan awal kanak-kanak, ini kerana ilmu yang diperolehi sepanjang menjadi sebahagian pendidik kanak-kanak dapat saya gunakan dalam mendidik anak saya juga. Saya berharap agar pendidikan awal kanak-kanak khususnya di Malaysia akan mampu melahirkan generasi yang cemerlang dan dapat menjadi pemangkin kemajuan dan kepesatan negara pada masa hadapan.

No comments:
Post a Comment