Pada pendapat saya, masa depan penggunaan ICT di prasekolah
Malaysia mungkin akan jadi seperti di Negara-negara barat. Kebiasaannya
negara-negara barat akan melakukan aktiviti seperti nyanyian, mereka akan
menggabungkan pembelajaran dengan penggunaan software atau perisian yang sesuai dengan
kanak-kanak. Misalnya, Radio
Disney Music Mix Studio dimana
mereka boleh mencipta lagu mereka sendiri dan mempelajari tentang pelbagaialat
muzik menggunakan perisian tersebut. Selain itu, pembelajaran matematik
menggunakan perisian Magic
School Bus: whale and dolphin melaluinya
dapat membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah.
Penggunaan internet juga membantu contohnya laman web PBS
menyediakan pembelajaran literasi yang baik untuk kanak-kanak berumur 3 hingga
8 tahun. Disini, mereka dapat membaca dan juga mempunyai pelbagai aktiviti.
Selain itu, laman national geografi chanel membekalkan maklumat tentang
geografi, penjelajahan,kraf, aktiviti sains untuk kanak-kanak (Doris
Bergen,2001). Sistem kurikulum prasekolah telah dibina bersesuaian dengan tahap
perkembangandan bersesuaian dengan aspek pembangunan dan kemajuan masa kini. Walaupun
kaedah dansistem yang ada cukup untuk membantu dalam perkembangan pelajar
prasekolah dari segi namun kelebihan ICT juga amat berguna dan membantu dalam
melicinkan lagi proses pembelajaran di prasekolah. Terdapat banyak kepentingan
ICT ini termasuklah membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan
membantu pelajar untuk menjelajah dunia ICT agar tidak ketinggalan dengan arus
pemodenan.
Pendapat saya yang kedua ialah masa depan penggunaan ICT di
prasekolah Malaysia mungkin akan jadi seperti di negara barat, contohnya,
pelajar berumur 4 tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan
memasukkan gambar mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka
sekali. Selain itu, ICT juga dapat meningkatkan pembelajaran secara kolaboratif.
Seperti contoh di atas, penggunaan ICT dapat meningkatkan penglibatan
pelajar-pelajar dengan aktiviti-aktiviti serta proses pembelajaran melalui
“peer group” yang lebih bersifat global.
Selain itu juga, melalui ICT, pelajar-pelajar mudah
untuk menghubungi ataupun melibatkan pakar-pakar dari dalam dan luarn egara
semasa sesi pembelajaran. ICT merupakan sesuatu yang amat luas penggunaannya
dan ini memberikan banyak pilihan kepada guru prasekolah dalam merancang
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Antaranya adalah, ICT boleh
digunakan untuk pengayaan bagi pelajar yang agak cerdik berbanding dengan
pelajar lain supaya mereka tidak merasa bosan dalam kelas dengan memberikan
mereka aktiviti yang lebih mencabar minda.
Selain itu, ICT juga sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah
kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat
serta aktiviti yang berbentuk simulasi.Penggunaan ICT dapat memberi peluang
kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing
dan mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam
pembelajaran. Selain itu dapat memberi peluang kepada murid
untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas. Secara
umumnya, ICT berupaya membantu untuk meningkatkan kefahaman
serta penguasaan murid terhadap pelajaran yang disampaikan.Selain itu juga
dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai
keupayaan.
Walaupun terdapat pelajar yang agak lemah dalam kelas,
namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer di kelas. Ini akan sekali gus dapat
meningkatkan motivasi mereka sebagai pelajar walaupun lemah dan melatih mereka
ke arah pembelajaran individu.Pendapat ketiga saya ialah masa depan penggunaan
ICT di prasekolah Malaysia juga mungkin akan mengamalkan penggunaan internet
yang luas. Selain itu juga, dengan adanya internet, pelajar dan guru juga mudah
untuk mengakses maklumat yang sukar dicari serta mahal untuk diperolehi. Bukan
itu saja, ICT juga membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang
sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa
serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
Penggunaan peralatan ICT seperti komputer amat penting
dalam membantu pelajar untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet,
mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif
kanak-kanak. Antara kepentingan internet kepada pelajar adalah seperti membantu
mereka untuk memperolehi maklumat dan bahan yang mereka sukar dapatkan di
sekolah. Selain itu, pelajar juga dapat membuat aktiviti yang melibatkan
interaksi dengan pelajar-pelajar lain dari luar negara
melalui perkhidmatan internet. Selain itu, mereka juga dapat membuat
projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran kanak-kanak membawa
kaedah baru
dan inovatif yang mana ia dapat merangsang minda
kanak-kanak berfikir dan meneroka sesuatu yang baru. Penggunaan teknologi
komputer terhadap kanak-kanak pra sekolah mampu membangunkan konsep kendiri dan
interaksi positif mereka terhadap pembelajaran. Unsur-unsur nilai yang
diterapkan mampu diikuti oleh kanak-kanak tersebut di awal usia mereka.
No comments:
Post a Comment