Kebaikan Pengunaan ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
ü Penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk
mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan
bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran.
ü Proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan dan berkesan contohnya
menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya
perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif
serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
ü Mempelbagaikan
proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik
pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan
menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.
ü Melalui
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan lebih menguasai
teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang
dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang
diperolehi.
ü Memberi peluang
pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Di
dalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam
menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Walaupun terdapat murid yang agak
lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer
di kelas.
ü Penggunaan
peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu murid untuk menjelajah
dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang
melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat
secara lebih aktif dalam pembelajaran
ü ICT boleh
digunakan untuk pengayaan bagi murid yang agak cerdik berbanding dengan
rakan-rakan lain supaya mereka tidak berasa bosan dalam kelas dengan
memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda
ü ICT sesuai
digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah
kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat
serta aktiviti yang berbentuk simulasi.
ü Mereka dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan
internet. Contohnya, di negara barat, kanak-kanak berumur empat tahun
berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar
mereka. Selain itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali.
ü Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu
mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga
dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka
ü Mampu membantu kanak-kanak untuk berinteraksi dengan kanak-kanak dari
luar negara serta memperoleh maklumat dari seluruh dunia dan ini
meningkatkan lagi kepentingannya. Oleh itu, guru harus mengambil
tanggungjawab untuk meningkatkan potensi dan kecekapan kanak-kanak dalam
penggunaan ICT dan melibatkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman
pembelajaran yang positif yang baru
Keburukan ICT Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Terdapat
beberapa keburukan ICT dalam pendidikan kanak-kanak seperti
·
Perkembangan
mereka tidak akan berkembang kerana hanya duduk bermain komputer.
·
Kanak-kanak
dapat mengetahui perkara yang melangkaui batas umur mereka.
·
Kanak-kanak
akan malas belajar dan cepat menjadi bosan dalam sesi pembelajaran.
Penggunaan
ICT kepada kanak-kanak haruslah dengan bimbingan dan guru-guru juga harus
kreatif menyampaikan pengajaran mereka tanpa bergantung sepenuhnya kepada ICT.
Mencari maklumat dan teknik terbaru memanglah digalakkan kepada semua
guru-guru di tadika namun jika ia disalahgunakan apa ertinya teknologi maklumat
yang canggih sekiranya anak-anak didik kita menjadi mundur ke belakang ddan
tidak ddapat berfikir ke arah pembentukan masa depan terutamanya tidak dapat
memajukan negara.
No comments:
Post a Comment